• Small Discription For Image - 4.


Berita Terkini

Monday, February 17, 2014
BUKU TEKS DIGITAL DILANCAR

BUKU TEKS DIGITAL DILANCAR


Idris Jusoh (kiri) bersama Abdul Ghani Mohamad Niza memerhatikan murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), Khairil Isqander Ab. Rashid menggunakan buku teks digital pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Kementerian Pendidikan melancarkan buku teks digital bagi menggantikan buku teks bercetak secara berperingkat seperti dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penggunaan buku teks digital yang mengandungi teks dan grafik itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap di semua sekolah bermula tahun ini.

Jelasnya, pengenalan buku teks digital itu juga merupakan salah satu proses pembangunan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara untuk mencapai tahap yang baik di peringkat dunia.

“Kita memberi penekanan kepada pembelajaran kendiri yang mana pelajar boleh mengakses buku teks digital ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

“Kementerian telah pun memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan pengenalan diri (ID) yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancar buku teks digital di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan, Datuk Misrah Ibrahim; Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Suliaman @ Sulaiman Wak dan Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan, Abdul Ghani Mohamad Niza.

Dalam pada itu, Idris memberitahu, penggunaan buku teks bercetak masih dikekalkan buat masa ini.

“Sekarang masih di peringkat permulaan dan akan terus dikembangkan sehingga boleh digunakan sepenuhnya oleh pelajar di seluruh negara.

“Kita menjangkakan kemudahan itu akan dapat dilaksanakan lebih awal daripada tempoh yang dinyatakan sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang laporan polis yang dibuat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Negeri Sembilan kononnya kaji selidik yang menyentuh soal kesihatan seksual dan reproduktif telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di Nilai, Idris menjelaskan perkara itu belum dapat dipastikan.

“Pihak kami telah dimaklumkan tentang laporan itu tetapi kita masih menunggu maklumat lanjut daripada Jabatan Pendidikan Negeri,” jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140208/dn_05/Buku-teks-digital-dilancar#ixzz2tGU1zX3Y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, February 6, 2014
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) | Kemasukan Data Murid

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) | Kemasukan Data Murid

Untuk makluman, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan diguna pakai sepenuhnya pada sesi persekolahan 2014. Sehubungan itu, Kemasukan Data Murid oleh Guru Kelas  boleh dibuat di laman Sistem Pengurusan Sekolah melalui pautan dibawah ini:


sistem pengurusan sekolah

SEBELUM 15 FEBUARI, 2014

Berikut adalah panduan kemasukan maklumat murid (Klik pautan dibawah untuk muat turun):

STEP 1 : Cara Memasukkan Maklumat Murid oleh Guru Kelas
(Guru kelas perlu masukan maklumat untuk semua murid dalam kelas)
*PENTING : TAHUN / TINGKATAN KEMASUKAN adalah TAHUN SEMASA MURID
*PENTING : TARIKH KEMASUKAN adalah tarikh murid daftar masuk ke SKST

STEP 2 : Cara Memasukan Murid Ke Dalam Kelas
(Setelah maklumat semua murid dimasukkan, baru boleh dimasukkan ke dalam kelas yang diselia)

Terima Kasih atas kerjasama guru-guru. Sebarang masalah boleh diajukan kepada :
Admin SPS Pn Adila di adilafarhanaaliahmad@gmail.com
Monday, February 3, 2014
Panduan Pelaksanaan TMK & RBT Tahap 2 KSSR ( SPI Bil 2/2013)

Panduan Pelaksanaan TMK & RBT Tahap 2 KSSR ( SPI Bil 2/2013)

KLIK untuk download Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil. 2 Tahun 2013 - Pelaksanaan KSSR. Lampiran 5 adalah Panduan Pelaksanaan Mata Pelajaran TMK /RBT

https://docs.google.com/file/d/0B84ywBwYcwONTV9OMWZXMVhyM0k/edit




Thursday, January 30, 2014
Wednesday, January 29, 2014
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKST. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

TARIKH : 29 Januari 2014 (Rabu)
MASA : 7.30 pagi hingga 11:00 pagi
TEMPAT : Dewan SK Seri Tasik




Tuesday, January 28, 2014
Orientasi Kurikulum KSSR Tahun 4

Orientasi Kurikulum KSSR Tahun 4

Pada 24 Januari 2014, pihak sekolah telah menjalankan aktiviti Orientasi Kurikulum KSSR Tahun 4. Program Orientasi Kurikulum KSSR Tahun 4 ini ialah program yang dirancang khas untuk murid Tahun 4 yang mulai memasuki Tahap 2 dalam sesi persekolahan. Program ini telah dijalankan pada setiap tahun di bawah anjuran Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama guru-guru Aliran Tahun 4. Program yang dilaksanakan saban tahun ini dapat memberi sedikit ruang dan pendedahan kepada murid tentang beberapa mata pelajaran baru yang akan mereka pelajari pada Tahap 2 ini, contohnya mata pelajaran Sejarah.





Berita Terkini
Loading...
Hantar Mesej
Press Esc to close
Hak Cipta © 2014 UNIT TMK SK SERI TASIK Hak Cipta Terpelihara