Sejarah


Sekolah Kebangsaan Seri Tasik telah dibina mulai tahun 2001 dan telah siap pada akhir tahun 2002. SK Seri Tasik telah mula beroperasi pada tahun 2003 dengan murid seramai lebih kurang 1000 orang dan bilangan guru seramai 40 orang.

Kini, SK Seri Tasik mempunyai seramai lebih kurang  pelajar, 110 orang guru dan 20 orang kakitangan sokongan.  Sekolah ini beroperasi dalam 2 sesi persekolahan iaitu pagi dan petang bagi menampung bilangan murid-murid yang ramai

Terdapat sejumlah 58 buah kelas kesemuanya, 29 buah di sebelah pagi dan 29 buah lagi adalah di sebelah petang.  SK Seri Tasik juga mempunyai 2 buah kelas prasekolah mempunyai bangunannya sendiri  dan juga taman permainan kecil.

Di samping itu, terdapat juga bilik-bilik khas seperti makmal sains, makmal komputer, bilik muzik, pusat sumber, bilik media, bilik kesihatan, bilik kaunseling, bilik SPBT, bengkel kemahiran hidup, stor sukan,bilik JQAF dan juga surau.

Selain itu, kawasan persekitaran sekolah juga turut diceriakan dengan taman herba, kolam ikan, taman sains dan juga mural di dinding-dinding bangunan. Tidak ketinggalan juga, setiap laluan di tangga setiap bangunan telah diceriakan oleh guru-guru dengan tema-tema tertentu dan salah satu daripadanya merupakan anjung PPDa.

Berita Terkini
Loading...
Hantar Mesej
Press Esc to close
Hak Cipta © 2014 UNIT TMK SK SERI TASIK Hak Cipta Terpelihara