• Small Discription For Image - 4.


Berita Terkini

Monday, August 4, 2014
Teks dalam Multimedia

Teks dalam Multimedia

Apa itu Teks??

  1. Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi (navigation) ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian.
  2. Ia adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang storan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain.
  3. Teks dalam bentuk perkataan, ayat dan perenggan adalah digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita sehari-hari.
  4. Jadi, tidak mustahil jikalau sesebuah produk multimedia itu bergantung kepada teks didalam kebanyakan perkara seperti didalam menerangkan bagaimana sesuatu aplikasi bekerja, membantu pengguna didalam menerokai sesuatu aplikasi dan untuk menyebarkan maklumat melalui aplikasi – aplikasi yang telah direkabentuk.
  5. Walaubagaimanapun, di dalam aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak begitu digalakkan kerana teks tidak dapat mempamerkan maklumat dengan menarik. Ini bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi ia hanya perlu digunakan pada bahagian-bahagian penting sahaja.

Jenis-jenis Teks

Teks terdiri daripada:
Linear 
  1. Struktur teks yang tradisional
  2. Organisasi berbentuk linear di mana ia mempunyai bahagian permulaan dan penghujung.
  3. Susunannya terdiri daripada beberapa siri seksyen/bab (sections). Setiap seksyen/bab ini mempunyai tajuk dan mungkin, mempunyai sub seksyen(Subsection) yang akan membentuk perenggan. 
  4. Susunan teks berstruktur ini adalah dalam bentuk hirarki dan boleh digambarkan seperti struktur pepohon.
Tidak linear 
  1. Dikenali sebagai Hypertext
  2. Susunan teksnya adalah secara tidak-linear dan mempunyai struktur data graf
  3. Ia terdiri daripada nod yang merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan akan dihubungkaitkan dengan bahagian teks yang lain menggunakan pautan(links).
  4. Hypertext membolehkan pengguna melaksanakan operasi cari -dan- capai ke atas sesuatu dokumen dengan lebih cepat

Format Fail Teks

  • TXT
  • DOC
  • RTF
  • PDF

Jenis Muka Teks

  1. Typefaces merupakan perwakilan bergrafik bagi abjad, nombor dan aksara-aksara istimewa dan biasanya ia mempunyai saiz dan gaya bentuk yang berbeza-beza atau pelbagai. Font pula merupakan saiz-saiz tertentu bagi typefaces.
  2. Contohnya “ 14 point Times New Roman” adalah typefaces bagi saiz 14 untuk Times New Roman. Saiz font boleh dikenalpasti atau ditentukan dengan :-
  3. Mengukur daripada bahagian atas huruf besar kepada bahagian bawah decender yang diperolehi pada huruf ‘p’ atau ‘y’.
  4. Menggunakan point iaitu point tunggal seperti 1/72 (0.138 inc)

Gaya Teks


Susun Jajar

Warna Teks

Warna Biru - Jenis font, boleh di tukar menggunakan kode font yang ada di komputer.
Warna Cokelat - Warna font, kita boleh tukar guna black, white, green dan sebagainya atau boleh ditukar dengan kode warna HTML.
Warna Kuning - Ukuran font
Warna Purple - Mengatur lebar ruangan teks
Warna Merah - Mengatur panjang ruangan teks
Warna Biru - Mengatur warna background, seperti "black", "green", "blue", "red", "yellow"

no image

Apakah itu Multimedia?

APA ITU MULTIMEDIA?
  1. Penggunaan pelbagai media yang berkaitan dengan produk dan proses komputer.
  2. Gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi menghasilkan satu persembahan maklumat yang lebih menarik, interaktif serta berkesan melalui penggunaan teknologi komputer. 
  3. Mempunyai ciri atau elemen interaktiviti. 
  4. Interaktiviti bermakna seseorang pengguna boleh berinteraksi dan mengambil bahagian di dalam sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat dan bukannya pasif lagi seperti mana pengguna media-media terdahulu. 
  5. Contoh CD-ROM, permainan komputer, kiosks interaktif, alatan CBT (computer-based training) dan perkhidmatan atas talian (online service).
Elemen-Elemen Multimedia

Multimedia merupakan suatu wadah penyatuan beberapa media menjadi satu kesatuan. Pada kenyataannya multimedia merupakan gabungan beberapa media yang kemudian didefinisikan sebagai elemen-elemen dalam pembentukan multimedia. Terdapat lima elemen utama dalam multimedia.Setiap elemen akan memberi kesan yang besar dalam proses komunikasi atau penyaluran maklumat.
  • TEKS
  • GRAFIK 
  • AUDIO 
  • VIDEO 
  • ANIMASI


Friday, April 4, 2014
Membuat Site PdP dalam VLE Frog

Membuat Site PdP dalam VLE Frog

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

Di sini saya lampirkan panduan langkah demi langkah untuk membina site PdP bagi guru yang baru berjinak-jinak menggunakan VLE Frog.

Klik link ini ---> Google Drive

atau klik pada gambar di bawah:




terima kasih. semoga bermanfaat!
Thursday, March 20, 2014
Monday, March 10, 2014
Monday, February 17, 2014
BUKU TEKS DIGITAL DILANCAR

BUKU TEKS DIGITAL DILANCAR


Idris Jusoh (kiri) bersama Abdul Ghani Mohamad Niza memerhatikan murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), Khairil Isqander Ab. Rashid menggunakan buku teks digital pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Kementerian Pendidikan melancarkan buku teks digital bagi menggantikan buku teks bercetak secara berperingkat seperti dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penggunaan buku teks digital yang mengandungi teks dan grafik itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap di semua sekolah bermula tahun ini.

Jelasnya, pengenalan buku teks digital itu juga merupakan salah satu proses pembangunan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara untuk mencapai tahap yang baik di peringkat dunia.

“Kita memberi penekanan kepada pembelajaran kendiri yang mana pelajar boleh mengakses buku teks digital ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

“Kementerian telah pun memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan pengenalan diri (ID) yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancar buku teks digital di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan, Datuk Misrah Ibrahim; Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Suliaman @ Sulaiman Wak dan Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan, Abdul Ghani Mohamad Niza.

Dalam pada itu, Idris memberitahu, penggunaan buku teks bercetak masih dikekalkan buat masa ini.

“Sekarang masih di peringkat permulaan dan akan terus dikembangkan sehingga boleh digunakan sepenuhnya oleh pelajar di seluruh negara.

“Kita menjangkakan kemudahan itu akan dapat dilaksanakan lebih awal daripada tempoh yang dinyatakan sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang laporan polis yang dibuat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Negeri Sembilan kononnya kaji selidik yang menyentuh soal kesihatan seksual dan reproduktif telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di Nilai, Idris menjelaskan perkara itu belum dapat dipastikan.

“Pihak kami telah dimaklumkan tentang laporan itu tetapi kita masih menunggu maklumat lanjut daripada Jabatan Pendidikan Negeri,” jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140208/dn_05/Buku-teks-digital-dilancar#ixzz2tGU1zX3Y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, February 6, 2014
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) | Kemasukan Data Murid

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) | Kemasukan Data Murid

Untuk makluman, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan diguna pakai sepenuhnya pada sesi persekolahan 2014. Sehubungan itu, Kemasukan Data Murid oleh Guru Kelas  boleh dibuat di laman Sistem Pengurusan Sekolah melalui pautan dibawah ini:


sistem pengurusan sekolah

SEBELUM 15 FEBUARI, 2014

Berikut adalah panduan kemasukan maklumat murid (Klik pautan dibawah untuk muat turun):

STEP 1 : Cara Memasukkan Maklumat Murid oleh Guru Kelas
(Guru kelas perlu masukan maklumat untuk semua murid dalam kelas)
*PENTING : TAHUN / TINGKATAN KEMASUKAN adalah TAHUN SEMASA MURID
*PENTING : TARIKH KEMASUKAN adalah tarikh murid daftar masuk ke SKST

STEP 2 : Cara Memasukan Murid Ke Dalam Kelas
(Setelah maklumat semua murid dimasukkan, baru boleh dimasukkan ke dalam kelas yang diselia)

Terima Kasih atas kerjasama guru-guru. Sebarang masalah boleh diajukan kepada :
Admin SPS Pn Adila di adilafarhanaaliahmad@gmail.com
Monday, February 3, 2014
Panduan Pelaksanaan TMK & RBT Tahap 2 KSSR ( SPI Bil 2/2013)

Panduan Pelaksanaan TMK & RBT Tahap 2 KSSR ( SPI Bil 2/2013)

KLIK untuk download Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil. 2 Tahun 2013 - Pelaksanaan KSSR. Lampiran 5 adalah Panduan Pelaksanaan Mata Pelajaran TMK /RBT

https://docs.google.com/file/d/0B84ywBwYcwONTV9OMWZXMVhyM0k/edit




Thursday, January 30, 2014
Wednesday, January 29, 2014
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKST. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

TARIKH : 29 Januari 2014 (Rabu)
MASA : 7.30 pagi hingga 11:00 pagi
TEMPAT : Dewan SK Seri Tasik




Tuesday, January 28, 2014
Orientasi Kurikulum KSSR Tahun 4

Orientasi Kurikulum KSSR Tahun 4

Pada 24 Januari 2014, pihak sekolah telah menjalankan aktiviti Orientasi Kurikulum KSSR Tahun 4. Program Orientasi Kurikulum KSSR Tahun 4 ini ialah program yang dirancang khas untuk murid Tahun 4 yang mulai memasuki Tahap 2 dalam sesi persekolahan. Program ini telah dijalankan pada setiap tahun di bawah anjuran Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama guru-guru Aliran Tahun 4. Program yang dilaksanakan saban tahun ini dapat memberi sedikit ruang dan pendedahan kepada murid tentang beberapa mata pelajaran baru yang akan mereka pelajari pada Tahap 2 ini, contohnya mata pelajaran Sejarah.





Berita Terkini
Loading...
Hantar Mesej
Press Esc to close
Hak Cipta © 2014 UNIT TMK SK SERI TASIK Hak Cipta Terpelihara