Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKST. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.
TARIKH : 29 Januari 2014 (Rabu) MASA : 7.30 pagi hingga 11:00 pagi TEMPAT : Dewan SK Seri Tasik
Pada 24 Januari 2014, pihak sekolah telah menjalankan aktiviti Orientasi Kurikulum KSSR Tahun 4. Program Orientasi Kurikulum KSSR Tahun 4 ini ialah program yang dirancang khas untuk murid Tahun 4 yang mulai memasuki Tahap 2 dalam sesi persekolahan. Program ini telah dijalankan pada setiap tahun di bawah anjuran Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama guru-guru Aliran Tahun 4. Program yang dilaksanakan saban tahun ini dapat memberi sedikit ruang dan pendedahan kepada murid tentang beberapa mata pelajaran baru yang akan mereka pelajari pada Tahap 2 ini, contohnya mata pelajaran Sejarah.